[235]
Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
[236]
Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin)jika kamu menceraikan isteri-isteri kamusebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi “Mut’ah” (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.
[237]
Dan jika kamu ceraikan mereka sebelumkamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapatseparuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Danperbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.
[238]
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
[239]
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamuapa yang kamu tidak mengetahuinya.
[240]
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[241]
Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut’ah pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa.
[242]
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu hukum-hukumnya supaya kamu memahaminya.
[243]
Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:” Matilah kamu ” kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya),tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
[244]
Dan berperanglah kamu pada jalan Allah(kerana mempertahankan kebenaran ugamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[245]
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas)supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
[246]
Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” Mereka berkata:“Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kamitelah diusir dari kampung halaman kami,dan (dari) anak-anak kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.
[247]
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah),Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
[248]
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamupeti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; petiTabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
[249]
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamudengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku,dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.
[250]
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepadakami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”
[251]
Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidakmenolak setengah manusia (yang ingkardan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.
[252]
Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar; dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskanoleh) Allah.
[253]
Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapimereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.
[254]
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidakada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
[255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
[256]
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana
sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari
kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak
percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada
Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang
kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang
tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[257]
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong)
orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan
mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya
(iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-
penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan
mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan
(kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya.
[258]
Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai
Muhammad) tentang orang yang berhujah
membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya)
mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan
orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi
Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang
menghidupkan dan Yang mematikan”. Ia
menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan
mematikan”. Nabi Ibrahim berkata lagi:
“Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari
timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?” Maka
tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam
membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan
memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
[259]
Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai
Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah
negeri yang telah runtuh segala bangunannya,
orang itu berkata: “Bagaimana Allah akan
menghidupkan (membina semula) negeri ini
sesudah matinya (rosak binasanya)? ” Lalu ia
dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak
berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah
hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya:
“Berapa lama engkau tinggal (di sini)?” Ia
menjawab: “Aku telah tinggal (di sini) sehari atau
setengah hari”. Allah berfirman:” (Tidak benar),
bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan
demikian) selama seratus tahun. Oleh itu,
perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu,
masih tidak berubah keadaannya, dan
perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya
tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami
(lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau
sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat
manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang
(keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya
kembali kemudian Kami menyalutnya dengan
daging “. Maka apabila telah jelas kepadanya (apa
yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku
mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
[260]
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu
dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah
kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan
makhluk-makhluk yang mati?” Allah berfirman:
“Adakah engkau belum percaya (kepada
kekuasaanku)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan
(aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku
memohon yang demikian ialah) supaya tenteram
hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)”. Allah
berfirman: “(Jika demikian), ambilah empat ekor
burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan
cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di
atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian
daripadanya. Kemudian serulah burung-burung
itu nescaya semuanya akan datang kepadamu
dengan segera”. Dan ketahuilah sesungguhnya
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[261]
Bandingan (derma) orang-orang yang
membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah
sama seperti sebiji benih yang tumbuh
menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu
pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah),
Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa
yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu
pengetahuanNya.
[262]
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada
jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak
mengiringi apa yang mereka belanjakan itu
dengan perkataan membangkit-bangkit
(pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau
menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh
pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak
baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita.
[263]
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan
perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan
mereka) adalah lebih baik daripada sedekah
(pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau
perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah),
Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
[264]
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan
rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan
perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan
yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal
sedekah) orang yang membelanjakan hartanya
kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia
(riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan
hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah
seperti batu licin yang ada tanah di atasnya,
kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu
ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi).
(Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir
dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu
(pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan
(ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk
kepada kaum yang kafir.
[265]
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan
hartanya kerana mencari keredaan Allah dan
kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas)
yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti
sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa
hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali
ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka
hujan renyai-renyai pun (cukup untuk
menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa
Melihat akan apa yang kamu lakukan.
minggu ini : 1
hari ini : 1
bulan ini: 1
online :1
Total Pengunjung : 44